
Senarai Susu Terbaik Yang Ada di Malaysia
Susu merupakan salah satu minuman khasiat yang bagus untuk diminum untuk semua peringkat usia bermula daripada kanak-kanak hingga warga emas. Susu membekalkan sumber kalsium kepada tubuh badan. Ia mampu menyokong struktur tulang dan gigi. Berikut merupakan senarai produk susu tinggi kalsium yang terbaik dalam Malaysia dan sesuai diminum seisi keluarga.
1. Earth Living Organic

Earth Living Organic High Calcium 850g
Produk ini memiliki kalsium tinggi yang berasaskan susu tenusu dengan campuran oat. Oat berfungsi untuk membekalkan keseimbangan protein, karbohidrat dan mengandungi lemak tak tepu. Produk ini telah di kaji dengan teliti bersama Universiti Lund di Sweden. Hasil kajian mendapati produk ini mengandungi serat semulajadi yang disebut sebagai beta-glucan. Beta-glucan ini dapat mengurangkan kolestrol. Oleh itu, susu campuran out dapat membekalkan serat dan zat dalam tubuh badan.
2. Jointwell Oaterenergy

Jointwell Oaterenergy
Produk ini membekalkan nutrien yang sangat bagus untuk tubuh badan manusia. Ia diperbuat daripada oat embrio organik yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pertanian USDA dan Montana. Antara kebaikan Oaterenergy: meningkatkan kesihatan kulit, mengurangkan lemak, mengandungi 88% protein, membina dan memperbaiki tisu-tisu badan, dan membantu perkembangan tulang dan gigi. Produk ini juga sesuai kepada pengguna yang alah kepada susu tenusu, pesakit kolestrol, pesakit gout, vegetarian, dewasa dan kanak-kanak berusia atas 1 tahun.
3. Susu kolostrum C2Joy

Susu kolostrum C2Joy
C2Joy merupakan produk tenusu yang mempunyai kandungan kolostrum dan kalsium semula jadi (TruCal). Kolostrum merupakan susu perahan pertama (48 jam) selepas melahirkan anak. C2Joy mengandungi susu kolostrum terbaik daripada lembu di New Zealand. Manfaat produk C2Joy: mengandungi faktor kekebalan, faktor pertumbuhan dan faktor nutrisi yang diperlukan manusia. Antara kebaikan susu ini adalah dapat meningkatkan tenaga, memelihara kekuatan tulang, meningkatkan kekebalan badan, memperbaiki sistem metabolisma badan, melambatkan proses penuaan, menurunkan kadar kolestrol dan gula darah, memelihara kekuatan tulang dan melawan virus, bakteria dan kuman.
Jika anda mahu dapatkan produk C2joy KLIK BELI SINI
4. Dutch Lady

Dutch Lady High Calcium
Sememangnya Dutch Lady memiliki susu tinggi kandungan kalsium. Namun, para pembeli hendaklah membaca label packaging sebelum membeli kerana terdapat produk Dutch Lady memilki protein tinggi. Produk ini senang didapati di pasaraya.
Walau bagaimanapun, terdapat lagi produk susu tinggi kalsium yang tidak tersenarai di dalam artikel ini. Sila kongsikan senarai tambahan di ruangan komen. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih membaca 😊
PERINGATAN MEMBELI PRODUK HENDAKLAH BACA LABEL DAN SESUAI UNTUK KEPERLUAN ANDA !!
No comments:
Post a Comment